Thursday, May 20, 2010

Refleksi tentang sabatikal

Pada minggu sabatikal ini, saya telah belajar tentang dua jenis budaya melayu, iaitu persembahan budaya Melayu dan alat muzik Melayu. Dengan menggunakan lima hari ini, kami telah belajar tentang Dikir Barat dan kompang.

Dikir Barat merupakan suatu persembahan budaya yang menarik. Dikir Barat terdiri daripada empat bahagian besar - tok juara, tukang karut, awok-awok dan juga kumpulan Rebana. Tok Juara dan Tukang Karut memainkan peranan yang sangat penting kerana mereka yang mengetuai kumpulan Dikir Barat dengan mendahului nyanyian dan berbalas-balas pantun manakala kumpulan awok-awok and Rebana memainkan muzik latar untuk persembahan tersebut.

Dalam tiga hari pertama minggu sabatikal ini, kami telah belajar cara-cara untuk mengepuk tangan dan menjerit sebagai sekumpulan awok-awok. Selama tiga hari berterusan ini, kami telah melatih tidak henti untuk menghabiskan pembelajaran Dikir Barat.

Pada hari seterusnya, kammi belajar tentang alat muzik Melayu - kompang. Kami belajar cara bermain kompang pada dua hari seterusnya. Kompang dimainkan dengan dua cara, iaitu lentum and cerang. Lentum dimainkan dengan jari berhampiran manakala cerang dimainkan dengan lima jari terbuka.

Dalam sabatikal ini, saya telah memperolehi pengetahuan tentang tradisi budaya Melayu. Dengan mempelajari tentang Dikir Barat dan juga kompang, saya mendapat tahu lebih banyak tentang budaya orang Melayu dan juga cara-cara mereka bermain alat muzik dan mempersembahkan Dikir Barat. Saya harap saya dapat menyertai sabatikal sejenis ini pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment