Thursday, May 20, 2010

Refleksi Hong Jin

Dalam sabbatical ini, saya telah belajar tentang dikir barat dan kompang dan mendapat banyak pengetahuan tentang persembahan Melayu tersebut.
Pada hari Isnin, Selasa dan Rabu, kami belajar tentang sesuatu persembahan Melayu yang bernama Dikir Barat. Dikir Barat merupakan satu persembahan yang disampaikan secara berkumpulan yang mengandungi “Tukang Karut”, “Tok Juara”, “Awok-awok” dan “Kumpulan Rebana”. Persembahan tersebut diketuai oleh Tukang Karut dan Tok Juara yang akan mendahului nyanyian sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awok-awok sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Alat muzik yang digunakan oleh kumpulan rebana merupakan tetawak, dua biji rebana (ibu dan anak), sepasang rumbia, canang dan kerci.
Dalam tiga hari ini, dua orang pengajar lelaki dari syarikat “sri warisan” telah datang ke sekolah untuk mengajar kami Dikir Barat. Dalam program ini, saya telah mengahadapi banyak kesulitan. Kami diharus bertepuk tangan dan bernyanyi pada masa yang sama. Oleh itu, Dikir Barat sugguh sukar kerana harus mempunyai koordinasi yang baik. Selain itu, ia pun melatih kesatuan dan kerjasam kami.
Pada hari keempat dan kelima, kami belajar tentang kompang, satu alat muzik Melayu. Kulitnya diperbuat daripada kulit kambing atau kulit lembu. Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain. Kami diajar dua cara memalu kompang, iaitu lentum dan cerang. “Cerang” dimain dengan membuka jari dan “lentum” dimain dengan berhampiran jari bersama. Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.Pengajar kompang juga mengajar kami beberapa lagu. Lagu-lagu tersebut sugguh sukar main tetapi terdengar sangat bagus. Walaupun memain kompang akan menjadikan tangan sangat sakit, saya berasa bangga dapat belajar alat muzik ini yang creatif dan bagus.
Dalam sabbatical ini, saya dapat menambah pengetahuan saya tentang seni dan tradisi Melayu. Selain itu, saya juga melatih rasa irama dan apresiasi muzik dan budaya. Kesimpulannya, saya berharap saya boleh belajar lebih banyak tentang tradisi dan budaya orang Melayu untuk menigkatkan pengetahuan dan apresiasi terhadap budaya yang lain.

No comments:

Post a Comment