Selama minggu ini, kami( Yong Zhen dan Kenneth) menyertai sabatikal tentang budaya masyarakat Melayu. Kami belajar tentang permainan tradisional Melayu dan jenis- jenis makanan Melayu yang lazat dan enak.
Pada hari pertama, kami mempelajari banyak tentang permainan tradisional Melayu. Permainan tradisional termasuk sepak takraw, congkak, batu seremban dan sebagainya. Permainan tradisional sangat senang dimain dan juga sangat seronok. Kami semua bermain congkak dan batu seremban di dalam bilik MSP. Semua orang pun dapat peluang untuk bermain permainan ini. Selepas bermain pelbagai jenis permainan, saya mendapati bahawa kebanyakan permainan ini menguji kelincahan badan. Contohnya, sepak takraw menguji kelincahan kedua-dua kaki dan batu seremban pula menguji kelincahan tangan.
Pada hari kedua pula kami pergi ke Geylang Serai untuk "cari makan". Semasa kami tiba di sana, kami diberi sepucuk sampul surat yang mengandungi teka-teki dan duit untuk membeli kuih-muih yang betul. Kuih-muih yang dibeli termasuk pulut panggang, talam serimuka, samosa, pisang goreng dan putu piring. Selepas itu, kami pergi ke sebuah restoran untuk menjamu selera. Kami diminta menggunakan tangan untuk makan kerana cara ini ialah cara makan tradisional orang Melayu. Selepas makan, kami pergi membeli bahan-bahan yang akan digunakan pada hari seterusnya. Selepas itu, kami pun bertolak pulang ke sekolah.
Pada hari seterusnya, kami pergi ke Nanyang untuk masak pelbagai jenis makanan tradisional Melayu. Dengan bahan-bahan yang dibeli di Geylang Serai, kami pun mula menyediakan nasi lemak, ondey-ondey and jemput-jemput ikan bilis. Kami menggunakan dapur Nanyang untuk masak makanan ini. Dengan bantuan guru-guru, kami berjaya menyediakan makanan tengah hari kami sendiri. Selepas membersihkan tempat itu, kami pun bertolak balik ke sekolah.
Seterusnya, kami pergi ke Jalan Arab untuk mengenali makanan budaya lain seperti India. Kami diminta menemu ramah pemilik kedai atau restoran tentang makanan tradisional mereka dan mencatatkan dalam sehelai kertas. Selepas tugas ini disiapkan, kami menjamu selera di sebuah restoran mamak. Selain makanan yang kami memesan, restoran itu menawarkan banyak lagi makanan yang sedap and enak. Selepas makan, kami pun menaiki bas pulang.
Thursday, March 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment